Jentera Penyerang NGAP SAYOY dirombak?!
Ketua Jurulatih Ngap Sayot , Pak Albert |
Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts dilaporkan kembali menaruh minat terhadap penyerang kebangsaan Australia Ryan Alan Griffiths. Beliau bersedia membawa penyerang Adelaide United FC itu menyertai Sarawak dalam tempoh terdekat bagi memantapkan lagi jentera serangan skuad.
Hasrat itu diluahkannya selepas kecewa dengan aksi penyerang import Alireza Abbasfard pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA kelmarin yang menyaksikan Sarawak tersingkir dari saingan setelah terikat 2-2 dengan Felda United.
Lepasan ILP Miri " Pisang Panas" !!
Semakin ramai lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri memperolehi pendapatan lima angka meskipun hanya beberapa tahun bekerja, selepas tamat pengajian mereka di sini, termasuk seorang bekas pelatihnya yang dibayar AS$350 sehari semasa bekerja di Brazil.
Menteri Muda Perhubungan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ILP Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, perkara tersebut membuktikan bahawa ILP Miri berada di landasan yang betul dengan mengambil langkah bernilai iaitu menambah kebolehupayaan pelatih diambil bekerja dan memenuhi pasaran pekerjaan.
Read more: Retrieved From Borneo Post Sarawak
Bubuk Melanda Miri!!!!
Seorang Nelayan di Miri sedang ber " Operasi Cantas Bubuk" |
Harga Sekilo mencecah RM8 |
Larian COLOUR RUSH 2.0 ?
Peta Larian 5 km Larian Colour Rush 2.0 |
Larian ‘Colour Rush 2.0’ yang julung kali dianjurkan di sini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan lebih 1,200 daripada warga Miri pada Ahad (23 Februari) ini.Program larian ‘Colour Rush 2.0’ merupakan program anjuran Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Negeri Sarawak (SCCS) dengan kerjasama OurYouth.my berikutan dengan kejayaan Colour Rush yang telah diadakan pada tahun lepas di Kuching.
Yuran pendafataran adalah RM35 termasuk dengan sehelai baju-T. Bagaimanapun, baju adalah terhad dan diberikan berdasarkan dengan konsep siapa cepat dia dapat.Bagi sebarang pertanyaan mengenai Colour Rush Miri, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-8841161 atau emelkan kepada chia@sccs.org.my untuk keterangan lanjut.