Friday, February 21, 2014

Sana Sini Miri bersama DJ Leo



Jentera Penyerang NGAP SAYOY dirombak?!


Ketua Jurulatih Ngap Sayot , Pak Albert

Ketua Jurulatih Sarawak Robert Alberts dilaporkan kembali menaruh minat terhadap penyerang kebangsaan Australia Ryan Alan Griffiths. Beliau bersedia membawa penyerang Adelaide United FC itu menyertai Sarawak dalam tempoh terdekat bagi memantapkan lagi jentera serangan skuad.

Hasrat itu diluahkannya selepas kecewa dengan aksi penyerang import Alireza Abbasfard pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA kelmarin yang menyaksikan Sarawak tersingkir dari saingan setelah terikat 2-2 dengan Felda United.


Lepasan ILP Miri " Pisang Panas" !!

Panas ...Panas...Graduan ILP mendapat Permintaan Syarikat Luar Negara!!!!


Semakin ramai lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri memperolehi pendapatan lima angka meskipun hanya beberapa tahun bekerja, selepas tamat pengajian mereka di sini, termasuk seorang bekas pelatihnya yang dibayar AS$350 sehari semasa bekerja di Brazil.

Menteri Muda Perhubungan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat ILP Miri Datuk Lee Kim Shin berkata, perkara tersebut membuktikan bahawa ILP Miri berada di landasan yang betul dengan mengambil langkah bernilai iaitu menambah kebolehupayaan pelatih diambil bekerja dan memenuhi pasaran pekerjaan.



Bubuk Melanda Miri!!!!

Seorang Nelayan di Miri sedang ber " Operasi Cantas Bubuk" 
Harga Sekilo mencecah RM8
Udang geragau atau lebih popular dipanggil bubuk di kalangan orang tempatan kini kembali ‘menyerang’ Miri.Tinjauan Utusan Borneo di perkamungan nelayan di Kuala Baram semalam, mendapati bahan utama untuk membuat belacan itu dijual pada harga RM8 sekilogram.




Larian COLOUR RUSH 2.0 ?



Peta Larian 5 km Larian Colour Rush 2.0 

Larian ‘Colour Rush 2.0’ yang julung kali dian­jurkan di sini mendapat sambutan yang meng­galakkan dengan penyer­taan lebih 1,200 daripada warga Miri pada Ahad (23 Februari) ini.Program larian ‘Colour Rush 2.0’ merupakan pro­gram anjuran Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Neg­eri Sarawak (SCCS) dengan kerjasama OurYouth.my berikutan dengan kejayaan Colour Rush yang telah diadakan pada tahun lepas di Kuching. 


Yuran pendafataran adalah RM35 termasuk den­gan sehelai baju-T. Bagaim­anapun, baju adalah terhad dan diberikan berdasarkan dengan konsep siapa cepat dia dapat.Bagi sebarang pertanyaan mengenai Colour Rush Miri, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-8841161 atau emelkan kepada chia@sccs.org.my untuk keterangan lanjut.